1. Segala puji bagi Allah SWT atas nikmat kurniaan-Nya kita semua masih berkesempatan menyambut ketibaan Ramadan yang penuh berkat.
2. Pada kesempatan ini, saya mewakili Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka ingin mengucapkan ‘Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak tahun 1442 Hijrah’.
3. Semoga kita semua dapat mengambil peluang untuk meningkatkan kualiti amal ibadah dengan ilmu dan meneladani amalan para salafus soleh dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.
4. Di samping itu, jangan lupa untuk sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial apabila berada di tempat awam khususnya semasa beribadah di surau atau masjid yang dibenarkan.
5. Akhir kata, diharapkan Ramadan kali ini menjadikan diri kita lebih baik dan bermanfaat untuk manusia sejagat tanpa mengira fahaman agama, bangsa bahkan kita bersedia membudayakan politik yang matang dan sejahtera mengikut acuan Islam.
AZIAH BINTI MD SAAD
KETUA
Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka.
AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH
. SAMBAL IBU SARI .