Home Berita PAS Melaka

Salam Ramadan | Dewan Muslimat dan Ameerah PAS Kawasan Masjid Tanah

232
SHARE

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 183)

Bulan Ramadan yang penuh barakah dan kebaikan ini kembali menemui kita pada tahun ini. Peluang menikmatinya yang diberikan oleh Allah s.w.t tidak harus disia-siakan oleh golongan orang yang beriman.

Justeru itu, kami Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah dan Ameerah Masjid Tanah mengucapkan,

“SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1442 HIJRAH”

kepada seluruh Muslimin Muslimat khususnya di kawasan Masjid Tanah. Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadan tahun ini dengan sebaiknya serta mendapat pengampunan dan diterima amal ibadah yang dilakukan.

Ramadan yang datang pada tahun ini biarlah ianya menjadi titik permulaan untuk kita menjadi lebih baik.

Ramadan Kareem!

-Tarbiyah Ramadan Dihayati, Takwa Ilahi Dikecapi-

#Ramadanpenuhmakna
#DMPKMT
#AmeerahMasjidTanah

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

.         SAMBAL IBU SARI        .