Home Kenyataan Media PAS Melaka

Salam Ramadan Majlis Guru PASTI Kota Melaka

152
SHARE

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

PERTAMA sekali, bersyukur kepada Allah kerana kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh dengan rahmat, berkat dan keampunan daripada Allah SWT.

Esok, semua umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Ramadan 1442 Hijrah. Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia, bulan yang penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan kasih sayang Allah.

Terdapat banyak kelebihan bulan Ramadan yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain.

Di dalam bulan ini terdapatnya malam Lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan.

Insya-Allah, esok kita semua akan menjalani ibadah puasa dan malam ini sudah bermula solat tarawih.

Jadi, di sini saya mewakili Majlis Guru PASTI Kawasan Kota Melaka ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak & Selamat Berpuasa kepada semua semua warga PASTI Kawasan Kota Melaka, para staf kakitangan juga guru-guru pendidik dan para ibu bapa sekalian.

Pada bulan yang mulia ini, marilah sama-sama kita mengambil peluang ini untuk menambahkan amalan ibadat sebanyak mungkin pada bulan yang penuh berkat ini. Jangan sia-siakan bulan Ramadan ini kerana kita tidak pasti kita akan bertemu Ramadan lagi pada tahun akan datang.

IKHLAS DARIPADA :

CIKGU ROHANI BINTI HASSAN
KETUA MAJLIS GURU PASTI
KAWASAN KOTA MELAKA

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

.         SAMBAL IBU SARI        .