Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Derita Palestine Turut Dirasai

135 views
SHARE


MALAM SOLIDARITI PALESTIN

Kenyataan Media Penerangan.274/145
26 Rejab 1440 | 02 April 2019

Derita Palestine Turut Dirasai

Oleh : Nasrudin hin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan


1. Keadaan di Palestin terus meruncing. Sejak protes besar-besaran yang bermula 30 Mac yang lalu, 210 penduduk Gaza dilaporkan terbunuh dan 18 ribu orang tercedera akibat tindakan agresif dan kejam rejim Zionis Israel.

2. Kini menjadi kebiasaan bagi askar Zionis menerjah sekolah-sekolah Palestin bagi menangkap anak-anak sekolah tanpa sebab munasabah.

3. Israel yang kini di ambang pilihanraya menyaksikan parti-parti politik berlumba-lumba menampilkan prinsip dan pendirian Zionis mereka bagi memenangi undi dengan memangsakan rakyat Palestin.

4. Malam Solidariti Palestin yang akan diadakan pada (malam ini)

Tarikh : 2hb. April 2019
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dataran KUIZM Taman Melewar

adalah bagi menunjukkan kebersamaan kita bersama rakyat Palestin di dalam memperjuangkan pembebasan Al-Aqsa dan tanah air mereka.

5. Di kala usaha sedang giat dilakukan untuk melemahkan keprihatinan kita terhadap isu Palestin, Umat Islam wajib menunjukkan kesatuan di dalam menghadapi gerakan menyisihkan Palestin sebagai isu terpencil.

6. Apa yang kita lakukan hari ini untuk Palestin? Ayuh hadirkan diri untuk memahami isu ini dan mendapat info terkini mengenainya. Sekaligus sebagai solidariti kita bersama Umat Islam di Palestin.

“Penderitaan Mereka Tanggungjawab Kita”

“Islam Memimpin”

Sekian.

Lampiran :

Malam Solidariti Palestine

Tarikh : 2 April 2019
Hari : Selasa
Masa : 9.00 mlm – 11.30 mlm
Tempat : Dataran Kolej Univ. Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) Taman Melewar Gombak. Kuala Lumpur

Penceramah :

1. Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.
Presiden PAS

2. Syeikh Dr Aahid Abu Ata, Ketua Cabang Ulamak Palestin di Asia Tenggara

3. YB Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Ahli Parlimen Kubang Kerian
Timbalan Presiden PAS

4. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

5. Dato’ Dr Mahfouz Mohamad
Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia.

6. YB Dato’ Dr. Nik Zawawi Mohd Salleh
Timb. Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia
(Setiausaha Majlis Syura Ulamak)

7. YB Ustazah Nuridah Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia.

8. YB Dato’ Dr Khairudin Aman Razali at Takiri
AJK PAS Pusat

9. M. Balasubramaniam
Ketua DHPP Malaysia

10. Sdr Ir. Hj. Khairil Nizam
Timb. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Anjuran Lajnah Penerangan & Lajnah Antarabangsa PAS Pusat