Home Artikel PAS Johor

Penubuhan Alternative Riding Club Pulai

175 views
SHARE

PULAI, 31 MAC – Alternative Riding Club(ARC) Johor kini mengembangkan sayapnya dengan penubuhan ARC Kawasan Pulai.

Majlis pelancaran ARC Kawasan Pulai yang telah dianjurkan di Restoran Grand Seafood semalam berlangsung dengan dengan begitu meriah dengan kehadiran sekitar 100 ahli ARC Johor yang lain.

Majlis telah disempurnakan oleh Naqib ARC Pusat, Ustaz Ahmad Nazri Bin Mohd Nawi.

Katanya, “ahli ARC patut mengambil ibrah ayat dari surah Al Furqan iaitu menjadi hamba hamba Ar Rahman, bertebaran (menunggang motosikal) dengan rasa rendah diri dan berakhlak, serta menyampaikan kebaikan dan dakwah meskipun bila bertemu golongan yang masih jahil terhadap agama”.

“Jadilah seseorang yang menjadi penyebab orang lain nampak keindahan Islam dengan mempamerkan akhlak yang baik ketika menunggang dan ketika menyertai mana-mana konvoi”, katanya lagi.

Turut hadir bersama memeriahkan majlis ini ialah Pengarah DACS Johor, Pengarah ARC Johor, serta Yang Dipertua PAS Kawasan Pulai.