Home Kenyataan Media PAS Selangor

Bola Sepak Medan Rapat Ukhuwah PAS-UMNO

94 views
SHARE

BANGI, 31 Mac 2019 – Buat julung kalinya PAS Kawasan Serdang mengambil inisiatif merapatkan silaturahim dengan UMNO melalui medium sukan.

Hari ini, satu Perlawanan Persahabatan Bola Sepak telah diadakan antara 2 pasukan parti iaitu PAS Serdang dan UMNO Bandar Tun Razak di Institut Latihan POS Bangi pada jam 5.00 petang.

Biarpun mencatat seri 3-3, kedua-dua pasukan dilihat berpuas hati dengan perlawanan hari ini.

PAS Serdang menganggap perlawanan kali ini bukanlah untuk menentukan kalah dan menang, tetapi ia lebih bertujuan bagi mengeratkan perpaduan antara 2 parti yang lama bertapak di Malaysia.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Serdang, Ustaz Shafie Ngah dan Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak.