Home Ketua Penerangan PAS Pusat

DAPSY Perlu Diambil Tindakan

534
SHARE
Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
 
DAPSY Perlu Diambil Tindakan
 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyokong kenyataan Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri bahawa tindakan bakal dikenakan kepada mana-mana pihak yang melakukan provokasi perkauman dalam negara.
 
Tindakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak yang menampal pelekat dalam bahasa Cina di beberapa buah papan tanda jalan sekitar bandaraya Kuching baru-baru ini termasuk dalam cubaan eksploitasi bahasa kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
 
Kegiatan vandalisme ini juga telah melanggar peraturan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kerana ia tidak mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan.
 
Tindakan pantas daripada pihak DBKU harus diberikan pujian.
Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak menjadikan eksploitasi bahasa sebagai satu gurauan untuk berpolitik kerana ia mampu mencetuskan ketegangan kaum.
 
PAS berharap agar tindakan yang bakal dikenakan menjadi iktibar kepada pihak lain supaya tidak bertindak sesuka hati mempermainkan undang-undang yang telah ditetapkan.
 
‘Islam Memimpin Perpaduan’
 
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
24 Ogos 2020 | 5 Muharram 1442