Home Artikel PAS Perlis

32 PendudukTerima Sumbangan Kasih DUN Kuala Perlis

310
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Kangar dengan kerjasama MTD DUN Kuala Perlis telah mengadakan program Sumbangan Kasih DUN Kuala Perlis yang berlangsung semalam.

Seramai 32 orang telah menerima sumbangan berupa beras dan barangan keperluan asas.

Penyerahan sumbangan telah dilakukan sendiri oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Kangar yang juga Pengarah DUN Kuala Perlis Ustaz Mohamad Zahid Ibrahim di kediaman para penerima.

Menurut Ustaz Zahid, mereka yang terpilih merupakan para penduduk yang kurang berkemampuan yang tinggal di sekitar Kampung Bukit Tok Po, Kampung Baru, Kampung Tandiap, Kampung Seberang Alor, Kampung Tengah dan Kampung Wai dekat sini.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sumbangan yang telah diberikan yang membolehkan kami mengadakan program Sumbangan Kasih DUN Kuala Perlis pada hari ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya lagi, orang ramai ataupun mana-mana institusi yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan bolehlah berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 09010010016455 atas nama ‘PAS Kawasan Kangar’ dan memaklumkan kepada pengerusi LKK di talian 019-4170244 (Ustaz Asrul) untuk tujuan rekod.