Home Artikel PAS Perlis

Pemuda PAS Kangar ‘Jelajah’ Indera Kayangan Dekati Anak Muda

276
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Menyedari peri pentingnya peranan serta tenaga golongan muda kepada perjuangan Islam, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar baru-baru ini telah mengadakan program Jelajah Anak Muda DUN Indera Kayangan.

Program yang diadakan di Markas PAS Guar Syed Alwi dekat sini itu menghimpunkan para pemuda yang tinggal dalam DUN berkenaan.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Kangar Abu Harith dan Pengarah MTD  Indera Kayangan Wan Hassan Ismail antara yang hadir dalam program tersebut.

Menurut Abu Harith, pelaksanaan program berkenaan adalah bersifat serampang dua mata.

“Selain bermatlamat mengajak anak muda untuk hadir ke Himpunan Jentera Pemuda PAS Perlis yang dijadualkan akan berlangsung pada 16 September nanti, DPPK Kangar juga ingin mengambil peluang ini untuk memperkukuhkan hubungan sedia ada dengan para pemuda.

“Insya Allah, kebersamaan generasi muda dengan PAS akan memberikan sinergi kepada perjuangan ini ke arah memastikan kemenangan Islam di bumi bertuah ini nanti,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.