Home Berita PAS Kelantan

Capai kejayaan UPKN dengan kerja berpasukan

143
SHARE

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Kerja secara berpasukan dan melaksanakan perkara yang telah diputuskan dalam perbincangan adalah perkara penting untuk menempah kejayaan bagi sesebuah organisasi.

Demikian ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud dalam sesi Majlis Penutup Program Retreat Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN), hari ini.

“Walau apa sahaja keputusan yang diambil dalam perbincangan ini, diharapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya”, katanya.
Menurutnya lagi, UPKN telah lebih 30 tahun melaksanakan fungsinya dengan baik dan ianya perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Terdahulu, dalam sesi Retreat tersebut, UPKN telah memutuskan 39 program yang akan dilaksanakan di sepanjang tahun 2022 ini.
Turut hadir, Pengarah UPKN, YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood dan Presiden PERAKAN Malaysia, Ir Hamzah Abdul Rahman.