Home Berita PAS Kedah

Kunjung hormat MADA ke Felda dan JPS : Bincang penambahbaikan pengurusan pengairan

87
SHARE

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Kunjungan hormat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ke Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia bertujuan berkongsi idea bagi menambah baik pengurusan pengairan.

Ahli Parlimen Sik selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), YB Ahmad Tarmizi Sulaiman yang mengetuai kunjungan hormat itu berkata kunjungan ini adalah sebagai medan perkongsian dan pengalaman bagi memajukan sumber pertanian yang menjadi komuditi utama negeri Kedah.

“Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan bagi penambahbaikan pengurusan pengairan di Kawasan Muda bagi aktiviti penanaman padi.

“Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan WAQAF FELDA khususnya YB Dato’ Seri Idris Jusoh selaku Pengerusi FELDA dan Encik Razuwan Che Rose, Ketua Pegawai Eksekutif Waqaf FELDA atas kesudian menyantuni pihak MADA”, katanya.

Pihak MADA turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak JPS Malaysia yang diketuai oleh Dato’ Ir. Dr. Md. Nasir Md Noh, Ketua Pengarah JPS Malaysia bersama Dato’ Ir. Sabri Abdul Malik dan Ir. Hajah Bibi Zurina Che Omar kerana sudi menerima kunjungan ini.

Turut menghadiri lawatan kerja tersebut ialah Pengurus Besar MADA, Yang Berusaha Tuan Hj. Kamarudin Dahuli.

MADA dalam perkembangannya minggu lalu, dalam usaha membangunkan empangan Pedu yang menjadi sumber pengairan tanaman padi di Kawasan Muda.