Solat adalah hubungan secara langsung antara hamba dengan Tuhan yang Maha Esa, menjadi tanda kasih seseorang kepada Allah, dan menghargai serta mensyukuri segala nikmat-Nya yang tidak terhingga.
Solat yang ditunaikan dengan sempurna dapat menjaga peribadi seseorang daripada terjerumus ke dalam kemungkaran dan menyelamatkan diri daripada terus dalam kemaksiatan setelah jatuh ke dalamnya sehingga kembali insaf dan bertaubat kepada Allah.
YB DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS