Home Artikel PAS Perlis

DPPNPs Anjur Kayuhan Santai Sempena HAMAS 5.0

209
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis dengan kerjasama DACS Perlis dan ACC Perlis akan menganjurkan program kayuhan basikal santai HAMAS Funride pada 29 Mac nanti.

Program berkenaan diadakan bersempena dengan penganjuran Himpunan Anak Muda Istiqamah Perlis 5.0 (HAMAS 5.0) yang akan berlangsung pada 27 hingga 29 Mac.

Menurut ketuanya, Ustaz Muhammad Azmir Azizan, program berkenaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat manakala yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM 35.

“HAMAS Funride akan bermula di tapak sambutan HAMAS 5.0 di Kompleks Pendidikan MADI Jejawi Dalam dan para peserta akan berkayuh sejauh kira-kira 40 kilometer.

“Mereka yang mendaftar juga akan menerima sehelai kemeja-T serta sarapan pagi di samping turut berpeluang menyertai cabutan bertuah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan, tarikh tutup pendaftaran adalah pada 29 Februari 2020.

“Mereka yang berminat bolehlah menghubungi wakil kami di talian 019-521 2411 (Tok Bilal) dan 017-417 2556 (Niakmat) manakala pembayaran yuran penyertaan bolehlah dibuat menerusi akaun Maybank Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis bernombor 559012321934,” jelasnya lagi.