Home Berita PAS Selangor

10 lagi Keluarga terima bantuan Bakul Prihatin Negara di Sekinchan – PAS Kawasan Sg Besar

79
SHARE

10 lagi Keluarga terima bantuan Bakul Prihatin Negara di Sekinchan

Sungai Besar, 18 Ogos – PAS Kawasan Sungai Besar hari ini turun sekali lagi dengan rasa tanggung jawab untuk menyampaikan 10 lagi sumbangan kepada penduduk sekitar pekan Sekinchan.

Walaupun keadaan politik semasa tidak menentu dan cuaca kerap hujan disebelah petang, Setiausaha PAS Kawasan, En Zulkifli Bin Ibrahim tetap turun menyampaikan sumbangan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Walaupun ianya sekadar menyampaikan, Amanah dan tanggung jawab diberi membantu institusi kerajaan adalah tanggung jawab semua parti.

Fokus hari ini kepada beberapa keluarga berketurunan cina dan india yang menerima Bakul Prihatin.

Menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat adalah fokus yang perlu diletakkan dihadapan sekarang ini agar pandemik Covid 19 ini dapat berakhir dan keadaan rakyat terjamin.