Home Kenyataan Media PAS Selangor

LPN PAS Selangor : Selamat Tahun Baru Cina

138
SHARE

SELAMAT TAHUN BARU CINA DARIPADA LPN SELANGOR

Dengan nama Allah Tuhan Semesta Alam. Tuhan yang menciptakan semua manusia dan bangsa.

Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Selangor ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Tionghoa.

Sambutan tahun baharu ini merupakan perayaan yang amat penting bagi ahli keluarga bertemu dan menjalinkan hubungan penuh kasih sayang.

Rakyat Malaysia beruntung kerana hidup dalam masyarakat dengan kepelbagaian agama dan budaya. Kegembiraan dalam meraikan perayaan seperti ini dapat dinikmati bersama-sama.

Semoga sambutan Tahun Baru Cina ini membuka lembaran baru dalam kemakmuran di negara kita yang tercinta.

“Xin Nian Kuai Le”

“Gong Xi Fa Cai”

“Wan Shi Ru Yi (May everything goes well with you)”

“Nian Nian You Yu ( May you have abundance every year)”

“Shen Ti Jian Kang (Wishing You Good Health)”

Tuan Muhammad Rashid Muhammad Kassim
Pengerusi,
Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Selangor

#IslamMenyatukanUmmah #PASSelangor