Home Berita PAS Selangor

31 Keluarga terima bantuan Prihatin Negara

64
SHARE

31 Keluarga terima bantuan Prihatin Negara

Sungai Besar, 17 Ogos – PAS Kawasan Sungai Besar dengan kerjasama Cawangan Parit 13 Sungai Panjang telah menyampaikan Bantuan Bakul Prihatin Negara kepada 31 keluarga petang tadi.

Bantuan berkenaan disampaikan terus ke pintu rumah penerima bertujuan mengeratkan hubungan dengan masyarakat di samping menjadi ruang mendapatkan maklumat tentang permasalahan setempat. Seramai 11 orang petugas turun menyampaikan sumbangan dan mengagihkan kepada 4 kumpulan agar sumbangan dapat di salurkan lebih teratur.

“Walaupun keadaan politik negara yang tidak stabil, PAS tetap meneruskan agenda berkebajikan dan menasihatkan kepada penerima supaya terus berdoa dan bersatu hati melawan COVID-19.”

Turut hadir dan menyampaikan sumbangan ialah Ketua Cawangan PAS Mohd Orip Bin Sairan.