SHARE

Kenyataan Media Rasmi:

Rakyat terutamanya pengundi Beting Maro semakin yakin dengan pucuk pimpinan PAS Sarawak yang bukan sahaja turun ke lapangan dengan kerap tetapi telah banyak menyuarakan hal-hal dan permasalahan rakyat di sini. Realitinya begitulah kehidupan rakyat di sini yang ibarat kehilangan wakil rakyat dimana suara dan kelibat wakil rakyat sedia ada kabur. Rakyat di sini secara jelas mahukan PAS menjadi wakil mereka kerana banyak siri permasalahan rakyat diselesaikan oleh PAS.

Kenyataan Pesuruhjaya dan Ketua Pemuda PAS Sarawak baru-baru ini telah memberi tamparan kepada wakil rakyat di sini termasuk pucuk pimpinan PBB bahawa kegagalan wakil rakyat sedia ada memacu perubahan dan menjadi wakil kepada rakyat dilihat jelas. Lihat sahaja kenyataan-kenyataan wakil rakyat hanya diberikan kepada wakilnya iaitu Ramzi Rasit yang mana rakyat juga tahu keadaannya di kampung.

Disinilah cerminan kegagalan wakil rakyat Beting Maro untuk bercakap, diam seribu bahasa adalah sinonim bagi beliau. Sikap inilah menjadi, faktor ramai pengikut PBB kini telah mengisi borang PAS dan menyertai cawangan-cawangan PAS yang berkembang pesat sehingga membentuk 30 cawangan sedia ada di seluruh Beting Maro.

Keyakinan bahawa undi PAS tidak akan berganjak adalah realiti yang perlu difahami oleh PBB. Undi tetap lebih 3 ribu dan terus bertambah sejak PAS menyertai pilihanraya disini adalah signal dan protes penolakan kepada PBB. Bukti kukuhnya PAS adalah undi PAS terus meningkat biarpun tiada kerjasama antara parti politik pada pilihanraya yang lepas. Undi yang sama juga kekal kukuh untuk kerusi Parlimen.

Bagi kami dilapangan, hanya pimpinan PAS sahaja berhak menjadi jurucakap kepada dasar dan pendirian parti. Perkara ini harus disedari oleh PBB dan GPS. Inilah didikan PAS kepada kami ahli-ahlinya. PAS berlapang dada menyuarakan hasrat bukan kerana berebut kerusi seperti parti lain, tapi hasrat pengundi yang sekian lama ditambah lagi dengan bukti kegagalan wakil rakyat sedia ada melalui laporan kajian ilmiah patut difahami. Jika mahu terus mencipta polemik tanpa had, kedua-dua parti iaitu PBB dan GPS akan rugi kerana undi ini pasti akan jatuh ke tangan musuh. Semoga pucuk pimpinan dapat menyelesaikan konflik ini segera.

Hipni Bakeri
Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Batang Lupar