Home Artikel PAS Sarawak

PAS Kota Samarahan Santuni Golongan MOSWAY

202
SHARE

Oleh : Nurazieun Abdullah

Kota Samarahan, 15 Ogos – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Kota Samarahan telah mengadakan Program Ziarah Kebajikan di sekitar Kampung Tambey semalam.

Program secara berkala yang dianjurkan oleh PAS Samarahan itu sekaligus bertujuan untuk menyantuni dan membantu masyarakat setempat khususnya golongan MOSWAY.

Seramai 15 buah keluarga golongan MOSWAY telah menerima sumbangan keperluan dapur seperti beras, gula dan lain-lain yang diserahkan sendiri oleh Ketua Penerangan PAS Sarawak, Zharudin bin Narudin.

Turut bersama dalam program ziarah tersebut adalah, Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Samarahan, Zulkipli bin Ramzi dan muslimat PAS Samarahan.

“Insyaallah, pemfokusan PAS Samarahan adalah program mingguan secara berkala dan tumpuan utama masyarakat setempat sekitar Samarahan yang kurang kemampuan serta bersifat cakna dalam masalah mereka,” ujar Zulkipli ketika ditemui.

Tambah beliau, masyarakat diseru untuk terus sama-sama menghulurkan bantuan bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.