Home Kenyataan Media PAS Sarawak

Beri Peluang Integrasi Nasional dan Integrasi Politik

255
SHARE

KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAS SARAWAK

(3 September 2020)

Menyambut baik semangat Bulan Kebangsaan ini serta Hari Malaysia yang akan diraikan pada 16 September setiap tahun. Dewan Pemuda PAS Sarawak menyarankan agar semangat integrasi nasional dan integrasi politik perlu diperkukuhkan.

Dewan Pemuda PAS Sarawak menyokong penuh kenyataan Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak agar Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberikan beberapa kerusi kepada PAS dan BERSATU di negeri ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak menyarankan agar Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta parti pemerintah Perikatan Nasional (PN) segera membentuk satu Jawatankuasa Khas sama ada peringkat kerajaan atau di antara parti PAS, BERSATU dan GPS untuk membincangkan perkara ini demi menjamin kesejahteraan semua rakyat di negeri ini.

PAS maklum GPS memang menyedari kekuatan PAS beberapa kerusi di Sarawak seperti Beting Maro. Oleh kerana itu, perlu ada kerjasama antara GPS dan PAS serta BERSATU di Kerusi GPS lemah, supaya kerusi tersebut tidak jatuh ke tangan pembangkang. Ironinya pengundi GPS mempunyai taat setia untuk mengundi berdasarkan arahan GPS. Tetapi pengundi PAS di Sarawak mengundi PAS selama ini kerana menolak PBB.

Hakikat sebenar perlu GPS sedari lambang GPS terlalu baru berbanding lambang PAS dan undi sebelum ini yang di perolehi oleh PBB adalah melalui lambang barisan Nasional bukan lambang GPS. ” Evegreen” nya lambang PAS akan mengukuhkan undi berbanding lambang GPS yang tidak pernah digunakan dalam pilihanraya.

GPS sewajarnya menyokong penuh pentadbiran Perikatan Nasional ini bukan sekadar rakan kongsi kuasa yang bebas tanpa ada sebarang ikatan rasmi.
Perhubungan kerjasama politik seperti sangat rapuh dan boleh mengganggu kestabilan politik di negara ini umpama telur dihujung tanduk dan seperti lalang yang ditiup angin.

Parti Besar seperti GPS perlu berjiwa besar menerima realiti politik pada masa ini. Biar apapun jentera PAS akan terus bekerja untuk memenangi hati rakyat serta menerangkan matlamat PAS kepada masyarakat di negeri ini.

Kami sangat yakin PAS Sarawak akan bersama membantu dalam tampuk pentadbiran negeri atau menjadi semak dan imbang yang konstruktif dalam dewan undanga negeri Sarawak sekiranya memenangi kerusi pada PRN kelak.

Hamdan bin Sani
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak