Home Berita PAS Melaka

Pemuda perlu menjiwai konteks PAS sebagai kerajaan – Ustaz Kamaruddin

451
SHARE

Oleh : ??? ??????

?ANG TUAH JAYA, 16 Ogos : “Anak muda perlu merasai dan menjiwai dalam konteks PAS sebagai sebuah parti kerajaan, bukan lagi bersifat atau berjiwa pembangkang.”

Demikian dinyatakan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek ketika menyampaikan ucapan alu-aluan di Majlis Perasmian Muktamar ?ewan Pemuda PAS Negeri Melaka Kali Ke-45 di Hotel Bayou Lagoon, di sini pagi tadi.

Beliau yang juga Penasihat Agama kepada Ketua Menteri Melaka menambah, anak muda perlu ada kekuatan dari segi fizikal dan rohani agar bijak memilih alirannya serta berwawasan tinggi di samping perlu menjadi benteng dan sayap parti.

“Pemuda juga perlu menjaga hubungan baik dalam gabungan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) dengan sentiasa mencari persepakatan dalam apa jua keputusan yang dibuat.

“Jangan kita bertelagah, takut nanti PH akan mengambil peluang memerintah semula.” ujar beliau lagi.

Muktamar yang bermula seawal 8.30 pagi ini telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, IR. Khairil Nizam Khirudin.

Turut hadir di dalam majlis perasmian ini ialah Ketua Armada Bersatu Melaka, Ramlan Meon, Ketua Pemuda UMNO Melaka, Fairul Nizam Roslan, wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, wakil Assabiqun dan wakil-wakil NGO.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)