Home Berita PAS Kelantan

Bantuan Kuarantin kepada Warga Kuala Krai

59
SHARE

KUALA KRAI, 9 Ogos: Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman berkesempatan menghantar bantuan untuk mereka yang terjejas akibat dikenakan perintah kuarantin di Batu Jong.

Abdul Latiff berkata, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Krai (KRAiTiFF) melalui penghulu seluruh kawasan parlimen Kuala Krai akan sentiasa mengambil berat dan menghantar segera bantuan kepada yang di kuarantin.

“Untuk bulan Julai 2021, sebanyak 410 penerima yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 20,500. Manakala dalam bulan Ogos sehingga hari ini (9 Ogos) sebanyak 233 pek makanan telah dihantar oleh penghulu terbabit kepada semua yang terlibat dengan kos perbelanjaan sebanyak RM11,650”.

Beliau menyarankan kepada sesiapa yang di kuarantin boleh terus menghubungi penghulu atau jiran-jiran terdekat boleh memaklumkan kepada penghulu berkaitan mereka yang dikuarantin. “In Sya Allah, pihak KRAiTiFF akan salurkan bantuan seberapa segera yang boleh”, katanya lagi.

Beliau sentiasa mengingatkan kepada penghulu agar sentiasa peka terhadap mereka yang di kuarantin ini bagi memastikan mereka mendapat bantuan.

#Jange_bui_ttala
#KualaKrai_Perihatin