Home Berita PAS Kelantan

Program Outreach Dos Ke-2 Chenulang

119
SHARE

KUALA KRAI, 9 Ogos: Program Outreach dos ke-2 di mukim Chenulang telah berlangsung sejak 8 Ogos lalu dan program ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Chenulang.

Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abd Rahman mengambil kesempatan meninjau proses perjalanan program tersebut.

Pada program kali ini, sebanyak 679 dos vaksin termasuk 19 dos secara mobile berjaya di suntik.

Abdul Latiff ketika ditemui menyampaikan ucapan terima kasih dan tahniah kepada penerima dos kedua pada program kali ini.

“Saya ngin mengucapkan tahniah kepada semua penerima dos kedua dan kepada yang belum mendaftar sila daftar dengan segera agar masyarakat Kuala Krai dapat mencapai imuniti kelompok secepat mungkin”.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan melancarkan program outreach kali ini.

#ImunitiKelompokKualaKrai