Home Kenyataan Media PAS Kelantan

Kenyataan Media YAB Menteri Besar Kelantan

98
SHARE

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI BESAR KELANTAN

Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan kali yang ke 16/2021 yang bersidang pada 02 Muharam 1443H bersamaan 11 Ogos 2021 bersetuju dengan ketetapan berikut;

1. Kerajaan Negeri sentiasa menghargai peranan imam dan bilal di negeri Kelantan dalam usaha memartabat agama Islam dan menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan utama kepada masyarakat.

Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan pemberian elaun tambahan kepada imam tua dan imam muda sebanyak RM150.00 dan bilal RM50.00. Jumlah keseluruhan elaun yang diterima bagi imam tua adalah RM1,850.00 dan RM1,350.00 bagi imam muda bagi masjid mukim kategori ‘A’. Manakala bilal menerima jumlah keseluruhan sebanyak RM800.00. Pembayaran elaun tambahan melibat 587 kategori masjid mukim ‘A’, besar dan kecil seluruh negeri Kelantan berkuatkuasa mulai Julai 2021.

2. Kerajaan Negeri prihatin mengenai bebanan kepada waris yang kehilangan ahli keluarga akibat jangkitan Covid-19. Kerajaan Negeri bersetuju untuk memperuntukkan sumbangan sebanyak RM1,500.00 kepada waris mangsa kategori B-40 sebagai pengurusan jenazah kes Covid-19 bermula 15 Ogos 2021.

3. Rakyat Kelantan diseru untuk meningkatkan tahap kawalan kendiri dan sentiasa mematuhi SOP. Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan melaporkan Kelantan masih mencatatkan bilangan kes yang tinggi dengan varian Delta sudah berada dalam komuniti. Varian ini sangat mudah berjangkit berbanding semua varian lain dan menyebabkan bilangan kes harian COVID-19 mencatat angka yang tinggi dalam kalangan berisiko terutama penghidap penyakit kronik serta kanak – kanak.

Dato’ Bentara Kanan
Ustaz Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob
Menteri Besar Kelantan

02 Muharam 1443H / 11 Ogos 2021M