
LIMBONGAN, 6 Jul: ADUN Limbongan, YB Usyaz Mohd Nazlan, telah menyampaikan Pakej Bantuan Cakna Rakyat Covid19 kepada Peniaga Kecil yang melibatkan seramai 223 orang. Bantuan ini bertujuan untuk membantu peniaga-peniaga kecil tersebut di saat aktiviti ekonomi mereka yang terjejas sebelum ini.
Penghulu-penghulu Mukim telah bekerjasama membantu mencari peniaga-peniaga yang terjejas ini untuk menerima sumbangan pada hari ini. Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas bantuan yang disalurkan ini.