Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Banteras Jenayah, Negara Sejahtera

28
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Banteras Jenayah, Negara Sejahtera

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen Polis Johor diketuai Datuk Ayob Khan yang telah berjaya menumpaskan sindiket jenayah terancang Geng Nicky.

Dalam serbuan besar-besaran Ops Pelican 3.0 Fasa 2, sepuluh pegawai kanan PDRM serta pegawai SPRM yang menjadi tali barut penjenayah telah berjaya ditumpaskan. Siasatan masih diteruskan bagi menahan saki-baki individu yang terlibat.

Hakikatnya, bukan perkara mudah untuk menumpaskan sindiket melibatkan pegawai atasan tetapi PDRM berjaya melakukan. Sungguh mendukacitakan bilamana pegawai yang diberikan tanggungjawab untuk menjaga negara tetapi mereka yang merosakkannya.

Kejayaan demi kejayaan telah dicipta PDRM, SPRM, ATM dan barisan pihak berkuasa dalam membanteras jenayah terancang dalam negara ini. Mereka menjadi benteng kepada seluruh rakyat dalam menjaga keamanan negara.

Contohnya, sebanyak 394 sindiket dadah yang melibatkan 1537 individu telah berjaya ditumpaskan sejak tahun lalu sehingga Mac 2021. Dalam menangani isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), ATM berjaya merekodkan sebanyak 35 peratus pengurangan sejak Op Benteng bermula Mei tahun lepas.

PAS berharap rekod cemerlang barisan hadapan negara dapat diteruskan selari dengan peranan yang dipertanggungjawabkan bagi menjaga keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.

PAS juga sebagai komponen kerajaan Perikatan Nasional sentiasa berusaha untuk terus meningkatkan kualiti kerja seluruh agensi kerajaan.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
29 April 2021 | 17 Ramadan 1442