Home Berita PAS Kedah

KLPK rancang tingkat pemasaran jualan lembu dalam penuhi permintaan pengguna

45
SHARE

Oleh : NASRUL ZIKRI

ALOR SETAR, 29 Apr : “Industri penternakan adalah perniagaan yang baik kerana sehingga hari ini permintaan terhadap daging lembu sentiasa meningkat dan tidak mencukupi,” jelas YB Ustaz Azam Abd Samat dalam lontaran pada  mesyuarat pagi ini. YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat selaku pengerusi Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd hadir mempengerusi  mesyuarat bersama Jawatankuasa Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd. (KLPK) bagi merancang  meningkatkan pemasaran jualan lembu dalam memenuhi permintaan pengguna terutama pada musim musim perayaan.

Mesyuarat yang diadakan bertujuan untuk meningkatkan pemasaran jualan lembu bagi sambutan hari hari perayaan terutama pada hari Raya Korban yang akan menjelang tidak lama lagi.

YB Ustaz mendengar strategi dan pelan pemasaran yang dibentangkan oleh pihak KLPK dalam meningkatkan pendapatan syarikat melalui jualan lembu korban bagi tahun ini. Ada yang perlu diubah mengikut keadaan semasa dan ada yang perlu diberikan penekanan dari banyak sudut bagi memenuhi permintaan pengguna disamping menjana keuntungan pada pihak syarikat.

Pelan pemasaran memainkan peranan yang penting bagi memastikan ianya mampu bersaing dengan sebarang persaingan dalam pasaran terbuka seterusnya memaksimumkan keuntungan syarikat. Strategi pemasaran yang betul dan tepat pengukur pada kejayaan sesuatu perniagaan.

Dalam perniagaan, semua faktor perlu diambil kira. Dari segi kualiti, kos, permintaan semasa, sasaran pelanggan, keselamatan, kesihatan dan sebagainya perlu ditikberatkan dalam menjayakan sesuatu produk jualan.