Home Berita PAS Kedah

Sambutan nuzul al-Quran PAS Kedah

88
SHARE

Oleh AZIZAH AKHILAH

KOTA SARANG SEMUT,29 Apr : Di kesempatan bulan ramadhan ini ramai antara kita mengambil kesempatan membaca al-quran sama ada secara bersendirian atau pun secara bertadarus secara kumpulan.

Walau pun ramai antara yang membaca tidak memahami ayat yang dibaca namun kesungguhan untuk menamatkan bacaan bukan hanya sekali malah berulang-ulang. Sesetengahnya membaca bersama terjemahan ayat dengan merujuk kitab tafsir muktabar. Kesungguhan dalam membaca al-Quran ditunjukkan terutama sepanjang bulan ramadhan, bulan yang diturunkan al-Quran yang jatuhnya pada tanggal 17 Ramadhan setiap tahun.

Hari ini Badan Perhubungan PAS negeri Kedah tidak terkecuali, sebagai mana kebiasaannya turut mengadakan majlis memperingati Nuzul al-Quran di Dewan Dato Fadzil Noor kompleks pentadbiran PAS negeri Kedah, Tokoh utama pimpinan PAS , Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dijemput hadir memberi taujihat namun atas faktor kesihatan Tuan Guru tidak dapat hadir namun ucapan taujihat secara live kepada ahli-ahli PAS  menghilangkan rasa rindu.

 

Dengan kehadiran daripada ahli ahli PAS dari seluruh negeri Kedah memenuhi ruang dewan yang disediakan dengan pematuhan SOP yang dipantau oleh urusetia bertugas dan Jabatan Amal. Program turut  diserikan dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah YB Senator Ustaz Ahmad Yahaya bersama kepimpinan PAS negeri Kedah beserta  tokoh-tokoh ulamak negeri kedah dan Tuan Guru pondok pondok dalam negeri kedah.

Majlis diakhiri dengan berbuka puasa secara jamaei berakhir sekitar jam 8.00 malam, dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk solat bertarawikh bersama anak anak DAYA di surau kompleks PAS kedah sebelum pulang ke kawasan masing-masing.