Home Berita PAS Kelantan

Atlet Paralimpik, sukarelawan MYVAC dirai

14
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

TUMPAT, 28 Jul: Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat bersama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Wakaf Bahru, YB Mohd Rosli Abdullah dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Laila Nazura Nawi berkunjung ziarah ke kediaman bekas atlet Paralimpik, Muhammad Johan Abdul Rahman di Kampung Gaung Alor Pasir, baru-baru ini.

Muhammad Johan pernah meraih pencapaian tertinggi sewaktu mewakili Malaysia ke Asean Para Games Kuala Lumpur 2017.
Pada majlis berasingan, YB Wan Roslan yang juga ADUN Pengkalan Kubor diiringi ADUN Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan dan pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sempena Program Menyantuni Sukarelawan MyVac di Dewan Sri Renjuna, beberapa hari lalu.

Sempena lawatan tersebut, YB Ustaz Wan Roslan turut menyampaikan sumbangan kepada para petugas dan sukarelawan.

Menurutnya, peningkatan kesedaran dalam kalangan rakyat Kelantan tentang kepentingan suntikan vaksin diharap akan segera dapat memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Beliau turut berterima kasih kepada para sukarelawan dan badan NGO yang turut mengambil tanggungjawab dan berperanan menyedarkan masyarakat.