Home Berita PAS Kelantan

Program pemberian vaksin di Pusat Khidmat ADUN Temangan diteruskan

28
SHARE

TEMANGAN, 29 Jul: Program pemberian vaksin yang berlangsung di Dewan Dato Hj Hassan, Pusat Khidmat ADUN Temangan yang bermula semalam, diteruskan lagi hari ini.

Program ini melibatkan seramai 520 orang penerima di sekitar DUN Temangan.

ADUN Temangan, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli telah meluangkan masa melawat tempat pemberian vaksin tersebut sambil menyantuni penerima vaksin dan petugas-petugas yang terlibat dalam pemberian vaksin di pusat vaksin tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau menzahirkan penghargaan secara khusus kepada para doktor dan kakitangan KKM Daerah Machang yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Beliau turut berterima kasih kepada petugas-petugas dari Jabatan Amal dari Dewan Pemuda PAS Machang, Ameerah dari Muslimat PAS Machang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Briged Muslimat PAS Kawasan Machang, dan semua yang terlibat membantu melancarkan program ini.