Home Berita PAS Perak

Disenangi ramai dan miliki akhlak yang baik | DMPN Perak

54
SHARE

Dukacitanya dimaklumkan Cik Kumutha a/p Raman telah meninggal dunia pada jam 1 petang tadi. Mendiang merupakan Pegawai Khas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat merangkap Ketua Wanita Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak turut sama berduka dengan perkhabaran ini. Kita telah kehilangan sosok tubuh yang sangat aktif dan sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan gerak kerja PAS.

Mendiang juga merupakan seorang yang sangat disenangi ramai dan memiliki akhlak yang baik. Dewan Muslimat PAS Negeri Perak merakamkan ucapan takziah buat keluarga mendiang. Semoga tabah menerima berita yang turut memilukan hati kami ini.

Dr Najihatussalehah binti Ahmad
Ketua Muslimat,
Dewan Muslimat PAS Negeri Perak