Home Berita PAS Melaka

Anggap ini Ramadan terakhir – Syukri

478
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 18 Apr : “Kita anggap Ramadan ini mungkin Ramadan yang terakhir. Kalau kita dah letak dalam kepala kita mungkin ini Ramadan yang terakhir, kita tak akan rasa rugi pun keluar duit membantu orang-orang susah.”

Demikian kata salah seorang peserta program bantuan Ramadan kelolaan Sahabat76 Persatuan Bekas Pelajar SMK (A) Sultan Muhammad (SMEXSA), Syukri Mohamad, 45.

Sahabat76 SMEXSA adalah batch daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam, yang tahun kelahiran mereka pada tahun 1976.

Syukri Mohamad (kiri)

Menurut Syukri usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan ini adalah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt atas segala rezeki yang dikurniakan selama ini.

“Kita nak supaya orang-orang yang susah ini dapat sama-sama melalui bulan Ramadan ini dengan selesa. Mereka dapat makan, dapat minum macam orang lain,” ujar Shukri lagi.

Beliau yang juga merupakan seorang kontraktor berjaya berkata rombongan mereka juga turut mengambil kesempatan membeli produk-produk yang kebetulan dijual oleh mereka yang menerima bantuan itu.

“Alhamdulillah. Kita beli. Kita sokong usaha mereka cari rezeki. Dengan cara itu mereka dapat tambah pendapatan mereka.

“Memang keadaan mereka yang kita temui itu agak daif. Tapi saya lihat mereka tetap ada usaha untuk mencari rezeki. Jadi sudah sepatutnya kita sokong. Kita beli,” ujar beliau bersemangat sambil menunjukkan beberapa produk yang dibeli daripada penerima-penerima bantuan itu.

Syukri berkata demikian ketika ditemui Wartawan Rakyat Melaka (WARM) selepas selesai mengedarkan kit makanan dan wang tunai kepada penduduk sekitar Tanjung Bidara di sini, pagi semalam.

Program edaran yang turut dibantu oleh JPKK Kampung Ayer Hitam Pantai dan Kampung Pasir Gembor ini melibatkan seramai 14 orang ahli Sahabat76 SMEXSA bersama empat buah kenderaan dan berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

.         SAMBAL IBU SARI        .