Home Artikel PAS Sabah

PAS Putatan serah bantuan masjid, semarakkan Ramadan

167
SHARE

Oleh : Nursam Mohammad

18 April 2021

PUTATAN : Tiga buah masjid terpilih dalam parlimen Putatan bertuah telah menerima bantuan keperluan bagi menyemarakkan aktiviti sepanjang bulan Ramadan yang disumbangkan oleh PAS Putatan semalam.

Sumbangan yang disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Putatan, Ustaz Zulzaim Hilmee Abidin itu berbentuk wang ringgit bagi aktiviti pengimarahan Ramadan, kurma dan takwim waktu solat fardu bercetak.

Ketika berucap di Masjid Putatan, Ustaz Zulzaim berharap seluruh masyarakat untuk menghayati dan menghidupkan bulan Ramadan dengan amal ibadah, melazimi amalan sedekah serta membantu usaha pendakwah yang mengusahakan pusat pengajian Islam.

Beliau juga menyeru umat Islam untuk terus berdoa mengambil keberkatan bulan Ramadan agar negara dipulihkan dari wabak Covid-19 dalam masa yang sama terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hadir sama menerima bantuan ini ialah pengerusi masjid masing-masing iaitu Masjid Daerah Putatan diterima oleh Haji Alipa Maijin, Masjid Kampung Sembulan diterima oleh Haji Nordin Palah, dan Masjid Jamek Kampung Ulu diterima oleh Haji Othman Abd Hamid.