Home Berita PAS Melaka

Tindakan segera PDRM harus diberi pujian – Mohsin

272
SHARE

Oleh AHMAD KAUTSAR

ALOR GAJAH,18 Apr: “Kita puji tindakan pantas polis membuat tangkapan tapi pemimpin dan rakyat mesti menyokong anggota keselamatan kita kerana penjenayah sudah ada rangkaian tersendiri.”

Demikian kata Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Melaka, Mohsin Ibrahim ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) malam tadi.

“Bagi isu video promosi judi raya ini juga, saya harap orang Islam yang terlibat, samada pelakon atau pembantu perlu bertaubat kerana judi tergolong sebagai dosa besar,” kata beliau lagi ketika diminta mengulas tentang isu itu.

Tambahnya lagi, masyarakat samada secara individu atau melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mesti membantu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat tentang apa-apa kegiatan tidak bermoral yang dilihat di media sosial.

Baru-baru ini tular sebuah video yang menimbulkan kemarahan umat Islam kerana mempromosikan judi dengan menggunakan sentimen kesukaran rakyat untuk mengajak umat Islam berjudi sebagai jalan keluar kepada masalah kewangan.

Pihak PDRM baru-baru ini juga telah mengambil tindakan pantas bersama dengan SKMM dengan menghalang video yang dimuat naik di internet daripada diakses oleh orang ramai di samping membuat tangkapan terhadap tim produksi dan pelakon video tersebut.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .