Home Rencana PAS Melaka

Pena editor Melaka | Terpilih atau tidak, jangan jauh hati

119
SHARE

PADA masa ini PAS sedang mengadakan mesyuarat agung tahunan (MAT) di peringkat cawangan-cawangan. Selepas ini akan diadakan pula mesyuarat agung peringkat kawasan-kawasan dan seterusnya Muktamar Agung PAS Pusat.

Pada kali ini mesyuarat agung dan muktamar ada pemilihan. Perwakilan akan memilih barisan kepimpinan baharu untuk memimpin PAS bagi sesi seterusnya.

Bagi penulis soal memilih kepimpinan ini harus dilakukan dengan penuh profesional. Maksudnya, perwakilan perlu membuat pilihan berdasarkan kemampuan seseorang individu yang dicalonkan sebagai pemimpin di mana-mana peringkat.

Dan bagi penulis juga tidak salah untuk kita menukarkan mana-mana pemimpin yang kita nilaikan sebagai tidak ‘perform’ dan tidak berkemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Memilih pemimpin kerana soal sentimen, emosi, bimbang wujud kecil hati, status quo dan sebagainya harus dibuang jauh-jauh kerana ia boleh menyebabkan berlakunya kepimpinan yang lemah dan menjejaskan perjalanan organisasi parti.

Sudah pasti ada yang terpilih dan ada yang tidak terpilih. Ada penyandang yang kekal dan ada yang bertukar tangan. Sementara mereka yang tidak terpilih pula tidak seharusnya berasa kecil hati atau marah. Harus menerima dengan dada terbuka dan berjiwa besar.

Ini untuk mengelakkan wujudnya perseteruan selepas selesai pemilihan sehingga mengganggu perjalanan parti dan mewujudkan suasana berpuak-puak yang tidak sihat.

Kita selalu mendengar orang bercakap tentang ikhlas namun hakikatnya tidak ramai yang boleh mempraktikannya. Jika kita kata tidak kisah dengan jawatan; tidak kisah kalau tidak terpilih atau tidak mahu jawatan, janganlah hanya di mulut.

Sebab itu ikhlas ini mempunyai tempat yang istimewa di dalam Islam. Seperti firman Allah SWT dalam Al Quran yang bermaksud:

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, “Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan daripada sebarang syirik dan ikhlas”. (Surah Al-Hijr, ayat 39-40).

Iblis mengatakan bahawa dia akan menyesatkan anak Adam kecuali mereka yang dibersihkan daripada syirik dan ikhlas. Mengapa Iblis takut pada orang yang ikhlas? Mengapa Iblis tidak mengatakan ‘kecuali hamba-hambaMu yang kuat?’; atau ‘kecuali hamba-hambaMu yang berilmu?’; atau ‘kecuali hamba-hambaMu yang kuat beribadat?’.

Ini kerana ikhlas ini mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dan menjadi kunci kepada segala-galanya.

Pemimpin yang ikhlas tidak akan berkecil hati jika tidak terpilih. Pemimpin yang ikhlas tidak akan memberontak dan melakukan sabotaj pada pemimpin yang terpilih. Pemimpin yang ikhlas tidak akan menjauhkan diri daripada aktiviti parti sekiranya tidak terpilih.

Pemimpin yang ikhlas dalam perjuangan tidak kisah samada disuruh duduk atas pentas atau pun disuruh duduk menjaga meja pendaftaran tanpa rasa jatuh ego dan berkecil hati. Di mana pun mereka diletakkan mereka akan bekerja bersungguh-sungguh.

Seperti kata pujangga ‘jika anda tidak boleh menjadi pengikut yang baik anda tidak mungkin boleh menjadi pemimpin yang baik’.

IBNU JANIE
EDITOR
Berita PAS Melaka dan WARM

 

 

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.