Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Aidiladha : Ibadah dan Pengorbanan

713
SHARE

 

Perutusan Aidiladha 1441H/2020M
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Aidiladha : Ibadah dan Pengorbanan

الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر ولله الحمد

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على أشرف الأنبياء و المرسلين وعلى آله و صحبه أجمعين .

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1441H/2020M kepada seluruh umat Islam di Malaysia khasnya.

Alhamdulillah, pertama dan selamanya marilah kita bersama sama mengucapkan syukur ke atas hadrat ilahi di atas nikmat iman dan islam yang dikurniakan sehingga ke hari ini, serta selawat ke atas junjungan Nabi mulia Muhammad SAW.

Bulan Zulhijjah merupakan antara bulan yang istimewa bagi seluruh umat islam kerana kita menyambut dua peristiwa penting didalamnya iaitu ibadah korban & ibadah haji.

Di dalam fasa covid-19, rakyat Malaysia dinasihatkan agar  kurangkan amalan kunjung mengunjung dan melaksanakan ibadah korban mengikut SOP yang telah ditetapkan. Semoga dengan kepatuhan kita membantu para barisan hadapan menghapuskan virus ini yang semakin meningkat semula.

Suatu kelainan pada kali ini adalah penangguhan peserta-peserta bagi menunaikan ibadah haji. Semoga diberikan kesabaran di atas ujian ini serta meyakini akan hikmah disebalik setiap yang berlaku.

Mengambil ibrah dari pengorbanan Nabi Ibrahim AS untuk melaksanakan perintah dari Allah SWT.  Mengajar kita untuk berkorban jiwa, harta dan tenaga di dalam kerja kerja Islam.

Ia juga adalah bulan muhasabah akan iman dan amal kita umat Islam akan sejauh mana ibadah, pengorbanan kita kepada Allah SWT.

PAS berharap setiap daripada kita, berpegang teguh dengan ajaran islam dan mengembalikan jati diri sebagai umat Islam agar terus  bangkit berjuang demi meneruskan sunnah Rasulullah SAW yang memakmurkan bumi dengan Islam.

الله اكبر , الله اك بر , الله اكبر

الله اكبر ولله الحمد

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
31 Julai 2020 | 10 Zulhijjah 1441