Home Artikel PAS Melaka

Perutusan Aidiladha YDP PAS Kawasan Masjid Tanah

267
SHARE

 

TERAMAT janggal untuk kita terima bahawa sambutan Hari Raya Aidiladha kita pada tahun ini tanpa diselang-selikan dengan khabar tentang jemaah haji Malaysia yang sedang melakukan wukuf di Arafah sehari sebelum sambutan Aidiladha seperti kebiasaannya.

Seperti yang kita tahu bencana Covid-19 telah mencacatkan perlaksanaan salah satu dari lima rukun Islam iaitu ‘menunaikan haji ke Mekah’ dengan tiada jemaah haji kita dibenarkan menunaikan haji pada tahun ini kerana wabak ini.

Inilah ujian yang Allah swt timpakan ke atas kita umat Islam pada waktu ini. Sungguh pun dengan perasaan sedih namun kita harus reda dengan segala ujian yang telah ditakdirkan Allah swt kepada kita ini.

Adalah penting untuk kita memahami bahawa langkah untuk menghalang wabak Covid-19 ini dari merebak adalah sesuatu yang menjadi tuntutan kepada kita sebagai umat Islam agar satu masa nanti kita dapat melakukan semula segala ibadah kita dengan sempurna, tidak seperti yang sedang kita lalui sekarang.

Dalam kita menjalani ibadah Hari Raya Aidiladha ini kita hendaklah sentiasa mematuhi segala arahan dan panduan kerajaan dalam menangani wabak Covid-19 ini agar tidak merebak terutama di saat ramai umat Islam bertemu dan berkumpul bersama keluarga di hari raya ini.

Janganlah kita merosakkan kejayaan kita menurunkan kadar jangkitan Covid-19 sebelum ini dengan mencipta kluster-kluster baharu penyakit ini disebabkan oleh kelalaian dan kealpaan kita dalam mematuhi penjarakan sosial dan norma baharu di Hari Raya Aidiladha ini.

Saya dan semua AJK PAS Kawasan Masjid Tanah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam khususnya kepada umat Islam di parlimen Masjid Tanah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

UST IMRAN ABDUL RAHMAN
• YDP PAS Kawasan Masjid Tanah
• Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka
10 Zulhijjah 1441 H / 31 Julai 2020


Turut mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha ialah semua Jawatankuasa Pilihanraya Dun (JPrD) PAS di dalam Parlimen Masjid Tanah :

USTAZ AZMI SAMBUL
Pengerusi JPrD PAS Kuala Linggi

 

ROHIZAN ABDUL RAHMAN
Pengerusi JPrD PAS Tanjung Bidara

CIKGU ARSHAD MOHD SOM
Pengerusi JPrD PAS Ayer Limau

JAMARUDIN AHMAD
Pengerusi JPrD PAS Lendu

 

 

CIKGU ABU HASHIM ABDUL SAMAD

Pengerusi JPrD PAS Taboh Naning


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)