Home Berita PAS Sabah

PERUTUSAN AIDIL ADHA YDP PAS SANDAKAN.

651
SHARE

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

Walillahil hamd!

Sekali lagi kita dipertemukan dengan Aidil Adha, hari yang memberi banyak pengajaran buat diri kita umat Islam.

Dikesempatan ini, mari sama-sama kita hayati erti pengorbanan & keikhlasan disebalik kisah Nabi Ibrahim AS yang mendapat perintah dari Allah SWT.

Wahyu Allah SWT kepada Nabi Ibrahim AS yang disampaikan melalui mimpi untuk menyembelih puteranya, Nabi Ismail AS. Itu lah merupakan satu perintah yang sangat besar dan berat, namun masih mampu dilaksanakan oleh kekasih Allah ini.

Selain itu, Aidil Adha turut mengajar kita tentang kesatuan ummah apabila pada ketika ini perhimpunan besar-besaran umat Islam sedang berlangsung di tanah Makkah yang membawa simbol kepada kita bahawa perlunya umat Islam bersatu padu dalam segenap sisi urusan.

Teruskan juga patuhi SOP dan amalkan pemakaian penutup muka serta penjarakan sosial kerana kita masih dalam tempoh PKPP.

Akhir kalam, mewakili saff kepimpinan PAS Kawasan Sandakan, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1441H / 2020 kepada seluruh umat Islam khususnya Warga Sandakan.

Sekian, terima kasih.

ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN

Tulus Ikhlas,
SAHAR ABDUL MAJID,
Yang Dipertua PAS Sandakan,
Merangkap Timbalan Pesuruhjaya I
PAS Negeri Sabah.