Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Aibkan Institusi Kehakiman dan Hilang Wibawa Perundangan Negara

474 views
SHARE

Kenyataan Media Penerangan. 261/132
13 Jamadil Awwal 1440 | 19 Januari 2019

Aibkan Institusi Kehakiman dan Hilang Wibawa Perundangan Negara

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mencela sikap Ketua Hakim Negara (Tan Sri Richard Malanjum), Peguam Negara (Tommy Thomas) dan Menteri (YB VK Liew) di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) yang berdansa dalam satu majlis makan malam sepertimana yang tular dalam media sosial mutakhir ini.

2. Tarian mereka dikhayalak awam telah mengaibkan institusi kehakiman dan menjatuhkan wibawa perundangan negara. Sangat memalukan.

3. Sikap tidak profesional dan mengaibkan mereka bersama beberapa orang aktivis guaman kontroversi telah mengundang pelbagai kritikan negatif dalam kalangan rakyat.

4. Bukankah ia boleh menjatuhkan penghormatan rakyat ke atas mereka?

5. Tidakkah ia boleh mencetuskan konflik kepentingan dengan pihak-pihak yang berkepentingan?

6. Selayaknya Perdana Menteri dan kabinet menilai semula kedudukan mereka di posisi penting dalam sistem kehakiman dan perundangan malah wajar digugurkan jawatan mereka supaya wibawa institusi ini dapat terus diperteguhkan dan dihormati oleh rakyat.

Islam Memimpin

Sekian