Home Artikel PAS Johor

LPUP DUPNJ & 16 Pasukan Futsal Pemuda PAS Johor Gegar Eco Sport!

174 views
SHARE

16 Pasukan Futsal Pemuda PAS Johor Gegar Eco Sport!

 

Oleh: Arif Haron

SKUDAI, 19 Januari : Pertandingan Futsal Piala Dato’ Mahfodz Mohamed (Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat,DUPP) yang berlangsung di Eco Sport Futsal, Gelang Patah di sini berlangsung dengan jayanya.

Pertandingan yang julung kali dianjurkan oleh Lujnah Perkaderan Ulamak Pelapis (LPUP) Negeri Johor ini disertai oleh 16 pasukan yang rata-rata nya terdiri daripada seluruh ahli PAS setiap kawasan.

Menariknya, pertandingan ini berjaya mengumpulkan lebih 150 orang pemuda yang majoritinya adalah ahli PAS.

Bertunjangkan tiga motif utama, LPUP dan DUPNJ berhasrat penganjuran kali ini dapat mengeratkan ukhwah para ahli PAS di seluruh pelusuk Negeri Johor, di samping saranan mengamalkan gaya hidup sihat , sekali gus memperkenalkan dan mendekatkan anak muda kepada Dewan Ulamak PAS melalui Lujnah Perkaderan.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor Ustaz Abdullah Hussin merangkap perasmi Pertandingan, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor Ustaz Azlisham Azahar, Ketua Lajnah perkaderan ulamak Pelapis Ustaz Zarul Saleh dan Ustaz Khirul Muntanazar.

Turut diraikan, Ustaz Dato’ Mahfodz Mohamed selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat ke majlis tersebut.