Home Berita PAS Kelantan

Ahli Majlis PBT perlu tingkatkan komitmen – Exco Kerajaan Tempatan

29
SHARE

PASIR PUTEH, 12 April: Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaku penggubal dasar Kerajaan Negeri perlu komited berusaha untuk mencapai segala hasrat Kerajaan Negeri.

Demikian saranan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, YB Dr Izani Husin kepada 47 Ahli Majlis PBT di seluruh negeri semasa merasmikan Seminar Pembangunan Mampan Negeri Kelantan yang berlangsung di Dewan Besar Jeram Mengaji, hari ini.

Menurut beliau, setiap PBT perlu meningkatkan kecekapan dan menambah baik sistem sedia ada untuk mempertingkatkan hasil di PBT masing-masing.

“Kaedah terbaik ialah melalui brainstorming (sumbang saran), berfokus kepada perkara yang ingin dicapai supaya selari dengan kehendak Kerajaan Negeri di samping bekerja bersungguh-sungguh dan meletakkan Islam dalam asas pembangunan yang dibuat, ” katanya.

Selain itu, seminar anjuran Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan (PKS) itu juga disusuli dengan tiga sesi pembentangan yang bertajuk Pembangunan Mampan dari Perspektif Islam, Pelan Induk Pembangunan Mampan Negeri Kelantan: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pembangunan Mampan Menuju Komuniti Iklusif Negeri Kelantan.