Home Berita PAS Kelantan

Peranan PBT lestarikan pembangunan mampan di Kelantan

41
SHARE

PASIR PUTEH, 13 April: Bagi mencapai objektif pembangunan mampan, semua pembangunan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu mengikut Pelan Induk Pembangunan Mampan yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri.

Demikian ucapan Pengurus Besar Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUMH) Dr Mohd Roshdi Hassan selaku pembentang di Seminar Pembangunan Mampan Negeri Kelantan di Dewan Besar Jeram Mengaji semalam.

“Bahasa mudah bagi maksud pembangunan mampan ialah pembangunan yang dibuat menepati ciri-ciri memelihara masyarakat setempat, alam sekitar dan boleh menjana ekonomi,” katanya di hadapan 47 Ahli Majlis PBT Negeri Kelantan.

Menurut beliau lagi, lima projek yang menjadi tanda aras kepada Pelan Induk Pembangunan Mampan tersebut ialah projek Lojing Highland, Bandar Baru Tunjong, Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Tok Bali, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Industri Bio Plastik,” katanya.

Manakala Pengarah Pusat Kajian Strategik (PKS) DR Wan Nik Wan Yussof selaku penganjur seminar tersebut berkata Medan Ilmu yang dibangunkan oleh MPKB-BRI ialah contoh pembangunan mampan yang bagus kerana ia berfungsi memberi manfaat kepada masyarakat di samping membuka peluang ekonomi kepada penduduk.

Sementara itu, Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG), Dato’ Dr Johari Mat selaku pembentang pertama dalam seminar tersebut berkata pembangunan merangkumi dua aspek utama iaitu pembangunan insan soleh dan pembangunan fizikal ataupun prasarana.

“Pembangunan insan soleh penting dalam melahirkan manusia yang berperibadi mulia dan berakhlak baik, kerana sekiranya manusia tidak berakhlak maka mereka mempunyai kecenderungan untuk merosakkan pembangunan yang dibuat,” katanya.