Home Berita PAS Kelantan

Ahli KEMUDI dirai berbuka puasa

33
SHARE

KOTA BHARU, 19 April: Para petugas media yang bernaung di bawah Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) diraikan dalam satu majlis makan santai dan berbuka puasa bersama Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri YB Dato’ Mumtaz Md Nawi, semalam.

Dalam majlis ringkas di Holiday Villa, Wakaf Che Yeh itu, YB Mumtaz yang juga ADUN Demit berkata, beliau mengharapkan ahli KEMUDI dapat memberikan input yang baik ketika menulis yang secara tidak langsung mendapat pahala sehingga yang menerima sesuatu berita tersebut menyebarkan kebaikan kepada orang lain.

“Semoga berita yang ditulis oleh para pengamal media dapat menaikkan lagi nama Kerajaan Negeri Kelantan di mata dunia luar,” katanya.

KEMUDI ialah gabungan media-media arus perdana di negeri Kelantan yang kini mempunyai 75 ahli berdaftar diterajui Presidennya, Majidah Ismail.

“Semoga ahli KEMUDI dan keluarga dilindungi Allah SWT dan dapat meneruskan baki Ramadan ini dengan penuh rahmat dan maghfirah,” tambanhya mengakhiri ucapan.