Home Berita PAS Kelantan

Bantuan harga subsidi makanan ternakan Ruminan kepada penternak kecil

100
SHARE

PASIR PUTEH, 20 April: Berita gembira buat golongan penternak kecil ruminan negeri Kelantan kerana Jabatan Veterinar Negeri Kelantan menawarkan bantuan insentif makanan ternakan ruminan melalui skim harga bersubsidi Dedak Isirong Sawit (PKC).

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail turut menguar-uarkan perkara yang sama di facebook rasminya, semalam.

Beliau meminta para penternak yang layak segera memohon bantuan tersebut.

Antara syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan ialah pemohon mestilah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan dan mempunyai ID Premis.

Pendaftaran juga mesti dibuat sebelum atau pada Sabtu, 30 April 2022.