Home Berita PAS Kelantan

ADUN Kelaboran sampaikan sumbangan Tabung Serambi Mekah kepada mangsa kebakaran

53
SHARE

TUMPAT, 10 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan segera hadir menyampaikan sumbangan Tabung Serambi Mekah kepada enam keluarga mangsa kebakaran di Kampung Dalam Rhu, petang semalam.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada petang itu membabitkan lima buah rumah kediaman dan sebuah inap desa.
Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Imam Tua Masjid Ismaili Bandar Tumpat mewakili pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

YB Mohd Adanan turut menasihati mangsa supaya sentiasa tabah menghadapi ujian ini terutama dalam bulan Ramadan.
Beliau juga berharap semoga sumbangan tersebut dapat membantu mereka membeli keperluan asas khususnya untuk berbuka dan bersahur seisi keluarga.