Home Berita PAS Kelantan

ADUN Kelaboran agih kurma kepada kakitangan awam

29
SHARE

TUMPAT, 17 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan turun padang meyantuni dan menyampaikan sumbangan kurma kepada jabatan-jabatan kerajaan seperti JKR, JPS, RELA, JPN dan JPAM, baru-baru ini.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Maahad Muhammadi Tumpat (MMT) dan Maahad Tahfiz Sains Bustanul Ariffin (MTS) Kampung Berangan.

Menurutnya YB Mohd Adanan, sumbangan ini sebagai meraikan kakitangan awam yang telah banyak mencurahkan khidmat bakti kepada masyarakat selama ini.