Home Berita PAS Kelantan

Chew Ah terharu terima bantuan Rumah Dhuafa’

34
SHARE

KUALA KRAI, 30 Jan: Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini sangat bermakna buat keluarga Chew Ah Koon, 60 kerana bertuah mendapat bantuan Rumah Dhuafa’ daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

Chew Ah yang asalnya tinggal di tanah rizab sungai, Kampung Gatal telah berpindah ke Jalan Jirat Kampung Landak setelah mendapat bantuan rumah tersebut.

“Saya sekeluarga sangat terharu dan gembira mendapat bantuan Rumah Dhuafa’ ini buat keluarga kami berteduh. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas keprihatinan dan kebajikan dalam membantu rakyat Kelantan tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama,” katanya.

Majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh Exco Perpaduan YB Dato’ Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman disaksikan bersama oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, YB Hilmi Abdullah pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di Dewan Sri Guchil pada 27 Januari lalu.