Home Berita PAS Kelantan

Waspada dengan kehadiran obor-obor

40
SHARE

BACHOK, 30 Jan: Orang awam diminta berjaga-jaga dan tidak menyentuh obor-obor jenis Portuguese man o’ war yang dikesan di sekitar Pantai Irama yang boleh mengakibatkan kegatalan dan juga kesan negatif lain.

Pegawai Pertahanan Daerah Bachok, Leftenan Pertahanan Awam Mohd Khairi Mat Hussin berkata, obor-obor berkenaan naik ke darat berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu seperti ombak besar,air pasang dan angin yang kuat.

“Jika terkena, mangsa perlu membuangnya dengan menggunakan kayu atau sarung tangan bagi mengelakkan kesan yang lebih mudarat,” katanya ketika dihubungi hari ini.