Home Berita PAS Kelantan

Konvoi Semarak Hari Merdeka 65 pupuk nilai patriotik

75
SHARE
TUMPAT, 18 Ogos: Program Konvoi Teguh Bersama “Semarak Hari Merdeka 65 Tahun” berjaya memupuk nilai patriotik dalam kalangan masyarakat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor yang juga Exco Belia, Sukan dan NGO, YB Wan Roslan Wan Hamat berkata demikian ketika merasmikan program tersebut di Dewan Pantai Sri Tujoh, semalam.
Program itu dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Daerah Tumpat (MDT), Penghulu-penghulu DUN Pengkalan Kubor serta beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Dalam ucapannya, YB Wan Roslan merakamkan tahniah dan berterima kasih atas penganjuran program yang baik itu sebagai satu usaha untuk memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme sempena bulan kemerdekaan negara.
“Program ini cukup penting dengan pembabitan pelbagai lapisan masyarakat dalam memupuk semangat cintakan negara.
Selain itu, program ini juga sebagai motivasi untuk kita rakyat Malaysia memahami dan menghargai erti kemerdekaan,” katanya.
Bagi memeriahkan lagi majlis, satu persembahan babak lakonan seorang lelaki mengamuk mengejutkan para hadirin yang berada di dalam dewan dan kemudian ditangkap oleh anggota PDRM.