Home Berita PAS Kelantan

Rakyat sambut baik Program Jualan Keluarga Malaysia Kali Kedua

45
SHARE

KUALA KRAI, 17 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, YB Muhamad Mat Sulaiman mengiringi Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman di Program Jualan Keluarga Malaysia yang diadakan di Kampung Bukit Sireh.
Menurut YB Muhamad, program kali kedua itu menerima kunjungan luar biasa daripada penduduk tempatan dan jajahan berdekatan.

“Program ini mendapat sambutan hangat dan atas permintaan ramai, YB Abdul Latif mohon kepada menteri berkenaan supaya diadakan sekali lagi selama dua hari iaitu pada 12 hingga 13 Ogos 2022 bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang di Bukit Sireh,” katanya.

Selain sesi jualan yang mendapat sambutan hangat, sesi penerangan daripada Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Krai, Sulaiman Derahim juga menerima reaksi memberangsangkan khasnya berkaitan kesedaran kepenggunaan terhadap senarai harga dan kualiti barangan keperluan yang disediakan dalam Program Jualan Keluarga Malaysia pada kali ini.

Turut hadir, Penghulu Mukim Bedal, Zamri Hassan.