KUALA KRAI, 12 Sept: Program Outreach Vaksinasi Dos Pertama di SMK Laloh telah diadakan pada 7 September lalu dan turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman serta ADUN Manek Urai, YB Mohd Fauzi Abdullah sebagai memberi sokongan kepada para petugas yang terlibat dalam Program Outreach Vaksinasi di Mukim Laloh.
Menurut Abdul Latiff, program ini merupan program outreach yang ke-13 diadakan dalam kawasan Parlimen Kuala Krai dan melibatkan kerjasama pelbagai agensi.
13 outreach tersebut ialah Bahagia, Pasir Kelang, Kuala Nal, Telekong, Batu Jong, Chenulang, Mengkebang, Chuchuh Puteri, Temalir, Peria, Mahligai, Outreach Merdeka (Dewan Kesedar)
dan yang terbaru, Laloh.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada PKD atas komitmen yang tinggi bagi menjayakan kesemua program ini termasuk beberapa PPV yang beroperasi di Kuala Krai. Ucapan terima kasih juga kepada semua agensi, NGO dan Pusat Khidmat ADUN yang terlibat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada program-program outreach ini.
Tambahnya, beliau berharap Malaysia dan Kelantan khusunya berjaya mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.
#imuniti_kelompok
#lindung_diri_lindung_semua1